Perkongsian ilmu forex trading, indicator forex, sistem forex, infomasi, berita ekonomi, urusniaga, matawang, komoditi...
Rabu, 16 Januari 2013
Kaedah Perdagangan FOREX Di Internet
Dagangan forex di internet memerlukan anda mendaftar dengan sesebuah syarikat ataupun dikenali sebagai platform forex yang berdaftar di Amerika melalui pendaftaran di internet. Platform ini bertindak sebagai broker yang membolehkan anda membuat transaksi jual dan beli dalam dagangan forex. Setiap platform yang anda mendaftar , anda akan dibekalkan perisian yang boleh dimuaturunkan melalui internet untuk di setkan di komputer anda. Melalui perisian yang dimuat turun tersebutlah anda akan dapat melakukan penjualan dan pembelian dalam forex.
Biasanya setiap platform forex dibekalkan dengan carta pergerakan harga matawang yang didagangkan secara terkini ( livetime) Berpandukan carta tersebutlah anda boleh melihat pasaran harga matawang dan dijadikan panduan untuk urusan jual dan beli. Setiap platform juga biasanya dibekalkan dengan indikator-indikator teknikal sebagai rujukan dan bantuan tambahan dalam melakukan urusniaga forex. Jadi tak kira dimana anda berada, asalkan anda dapat mengases internet dan memuatturunkan perisian platform forex, anda boleh melihat pergerakan harga matawang dan memasuki pasaran dengan kata nama dan laluan yang disediakan oleh platform forex. Lebih senang jika anda seorang yang memiliki komputer riba dan menggunakan talian 3g, anda boleh melayari internet dimana saja di dalam kawasan lingkungan liputan dan melihat pergerakan harga dan memasuki pasaran. Ataupun anda boleh menyimpan perisian platform forex di dalam “pen drive “ dan anda boleh memasangkannya di mana-mana cyber cafĂ© dan memasuki akaun anda bila-bila masa. Anda juga boleh muatturun perisian platform forex di cybercafe dan memasuki akaun forex anda untuk menjalankan urusniaga
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kita harus mengerti mengenai kaidah perdagangan forex karena dengan lebih mengerti kaidah perdagangan dengan lebih baik maka kita bisa menghasilkan keuntungan yang optimal. untuk itu sekarang sayapun mencoba untuk bisa memaksimalkan trading saya di octafx dengan menggunakan analisa yang lebih terjaga dan juga mempunyai trading plan yang baik
BalasPadam