Post dari Admin VGMC Malaysia
KENYATAAN RASMI DARI PIHAK VGMC MALAYSIA dan FORUM CARIEMAS TENTANG VGMC (LATEST)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua pembaca-pembaca yang sudi membaca artikel yang dikeluarkan ini. Semoga semuanya berada dalam keadaan sehat dan sentiasa berada dalam keadaan baik walaupun kita digegarkan dengan berita yang amat sedih dari pihak VGMC dari newsletter yang dikeluarkan semalam.
Kami selaku pengendali rasmi VGMC Malaysia ( http://vgmc.cariemas.com ) iaitu group VGMC terbesar di Facebook dan pemilik forum diskusi Cariemas ( http://forums.cariemas.com ) berasa terpanggil untuk mengeluarkan kenyataan. Sudah menjadi tanggungjawap kami untuk memberikan beberapa komentar dan sepatah dua kata dari situasi yang berlaku agar menjadi panduan buat anda semua. Perlu diingatkan, kenyataan kami berikut ini walaupun pahit tetapi kali ini pihak kami berasakan tiada apa yang perlu diselindungkan agar semua pihak faham apa yang berlaku dan diharapkan semua pihak bertenang dan bertindak rasional terhadap apa yang berlaku. Sudah sampai masanya pihak kami mengeluarkan kenyataan dengan penuh rasa tanggungjawap kerana kami percaya komuniti VGMC Malaysia di facebook dan Forum Cariemas mempunyai “follower” yang ramai dan setia berkhususkan diskusi tentang VGMC dan “analisa Emas” yang ditubuhkan sejak 2 tahun yang lalu. Terima kasih diatas setia dan sokongan yang telah diberikan selama ini kepada pihak kami. Walau apa pun berlaku kami yakin pasti ada hikmahnya dan kami sentiasa memberikan “support” dan “Analisa emas 3 kali sehari” secara percuma tetap kami akan teruskan buat trader-trader EMAS walaupun pembekuan dilakukan di CPS-GOLD VGMC semalam. Untuk kita semua trading seperti biasa dari analisa yang dikeluarkan masih boleh dilakukan di syarikat RGCX ( Rapid Gold & Currency Exchange ).
Untuk pengetahuan anda semua, pihak kami yang mengendalikan VGMC Malaysia dan juga forum Cariemas ini adalah ahli VGMC biasa seperti anda semua dan kami telah bergiat dengan VGMC sejak awal Januari 2010 ketika awal VGMC ditubuhkan. Penyediaan komuniti VGMC Malaysia dan forum Cariemas ini semuanya adalah menggunakan biaya kami sendiri tanpa bantuan terus dari syarikat VGMC. Walaupun bermula dari bawah dan bermula dari kosong, dengan bantuan berterusan (Support) tanpa mengira anda downline siapa atau datang dari group mana dan penyediaan “analisa Emas bergambar” buat panduan trading 3 kali sehari secara percuma telah membuatkan komuniti ini terus berkembang dengan pesat sekali.
Tidak dapat dinafikan, VGMC telah banyak membantu ramai keluar dari masalah beban kewangan dengan pendapatan dari dividend bulanan, trading & networking sejak ditubuhkan pada Januari 2010. Tetapi kita juga harus akur wujudnya segolongan ahli VGMC yang masih belum pulang modal dan mempunyai harapan menggunung bahawa VGMC lah yang bakal membantu mereka dan “newsletter” yang dikeluarkan VGMC semalam amat mengecewakan ramai pihak kerana news tersebut keluar terlalu cepat dari yang dijangkakan dan sedangkan beberapa bulan yang lalu pihak VGMC sendiri masih sibuk merekrut ahli baru dengan diberikan extra dividend, extra pairing bonus dan bonus overriding yang pihak kami lihat telah menjerat ramai “new member” dalam 2-3 bulan yang lalu. Golongan inilah yang kami lihat telah menjadi mangsa dengan news yang dikeluarkan oleh pihak VGMC pada hari semalam.
Kami juga percaya dengan wujudnya VGMC sejak 2010 telah membuatkan ramai dari kita berjinak dalam trading emas. Masih segar dalam ingatan betapa asyik dan bersemangatnya setiap hari melihat harga emas dan bertahan mata sehingga pagi semata-mata mahu mencari keuntungan buat belanja harian disamping dividend yang diberikan dan income dari networking termasuk seluruh pelosok Malaysia dan Indonesia kami pergi untuk mempromosi VGMC. Kami juga percaya dengan wujudnya VGMC kita juga secara automatis mempunyai jaringan dan teman yang ramai sejak VGMC hadir dalam hidup kita. Tetapi, kita harus bijak dan mengenal “signal-signal” yang secara halus sebenarnya telah ada sebelum Newsletter VGMC dikeluarkan semalam. VGMC juga adalah sebuah syarikat “pure investment” yang menjana wang anda ke dalam perlombongan emas (itulah yang dikatakan oleh syarikat walaupun sehingga sekarang masih belum lihat lombongnya) sudah tentu mempunyai risiko dengan return yang jika difikirkan secara logic amatlah tinggi dan bakal bermasalah jika pengurusan VGMC tidak mahir dalam mengendalikan cara penjanaannya. Walaupun begitu, kami juga amat “salute” kerana VGMC sudah hampir 3 tahun berada dalam pasaran iaitu satu tempoh yang cukup lama bagi sesebuah syarikat “pure investment” dan boleh dikatakan VGMC adalah “King of Investment” sebelum newsletter yang dikeluarkan oleh pihak VGMC semalam.
Untuk pengetahuan anda semua, ada satu perkara rahsia yang akan kami buka pada artikel kali ini. Pihak kami telah mula berhenti merekrut “new member” ke VGMC dan hanya mengekalkan network sedia ada dan investment “lama” pada tanggal “April 2012”. Selepas “April 2012” sehingga sekarang, kami tidak lagi merekrut ahli baru …cukup hanya terima income dari pairing network lama dan berjual/beli kredit bagi memenuhi keperluan pasaran. Dalam group kami sendiri menghadapi tentangan yang hebat dengan keputusan yang diusulkan ini. Tetapi setelah dikaji di waktu itu, group kami bersetuju walaupun amat berat memandangkan pada “April 2012” semua ahli-ahli VGMC sedang rancak merekrut ahli-ahli dan sibuk “menambah” deposit ke dalam akaun masing-masing. Sebagai pengendali VGMC Malaysia dan Forum Cariemas ketika itu yang mempunyai komuniti terbesar secara online ini adalah keputusan yang besar diambil oleh kami. Hanya ahli-ahli VGMC yang rapat dengan management VGMC Malaysia dan forum Cariemas sahaja yang tahu dengan keputusan kami itu ketika itu dan faham dengan apa yang kami lakukan. Dan tindakan kami ketika itu dengan menarik diri merekrut ahli baru tidak dikhabarkan secara meluas untuk menjaga kepentingan beberapa “Leader” tertentu dan bagi menjaga keharmonion jangka panjang pasaran VGMC buat semua ahli-ahli VGMC ketika itu. Dan Artikel ini kami perlu menceritakan secara “detail” kerana pihak kami tidak menyangka Management VGMC mengeluarkan artikel semalam yang pada pandangan kami terlalu awal (anti-klimaks) dan sebelum mengeluarkan newsletter semalam telah menjerat ramai ahli-ahli baru 2-3 bulan sebelumnya dan lebih teruk semua CPS-GOLD dibekukan semalam dah diwajibkan pemegang CPS-GOLD upgrade 10,000 CPS-Platinum dengan wang baru yang difikirkan oleh kami adalah permintaan yang amat tidak rasional.
Puncak keputusan ini berlaku sejak mulanya pengumuman syarikat VGMC yang mewajibkan setiap investor kecil yang hanya mempunyai 1000 CPS-GOLD upgrade menjadi 2000 CPS-GOLD dengan secara paksa pada “April 2012". Ketika itu, jika difikirkan secara logic dan rasional amatlah tidak praktikal dan mempunyai maksud tersirat mewajibkan 1 lot @ 1000 CPS upgrade menjadi 2 lot. Ini belum lagi pengumuman sebelumnya pada hujung 2011 terhadap perubahan trading iaitu dikenakan “fees” dan “Rollover Charge/Swap” yang dimana pihak kami melihat perkara ini adalah salah satu cara bagi mengurangkan keuntungan ahli-ahli dari trading buat sesebuah syarikat yang menyediakan platform trading seperti VGMC yang kita layak gelar “Market Maker” dalam bahasa kewangannya di JAVA platform tersebut.
Keputusan kami tepat menarik diri merekrut ahli baru ke VGMC bermula “April 2012”. Setelah pengumuman mengenai upgrade 1 lot menjadi 2 lot secara paksa, berbagai lagi pengumuman dari pihak syarikat yang kami lihat menyusahkan investor dan memberikan “signal” dan “hint” bahawa VGMC dalam masalah. News-News seterusnya meyakinkan kami lagi apabila keluarnya pula news harga share setiap 1 CPS meningkat secara mendadak setiap bulan dan tempoh withdraw dari setiap minggu pada hari Sabtu dikurangkan menjadi 2 bulan sekali dan selepas 2 bulan sekali dikurangkan menjadi 1 bulan sekali berlaku secara cepat. Dan yang terakhir jumlah minimum withdraw terus kepada syarikat dinaikkan dari USD500 kepada USD10,000 adalah “signal” dan “hint” terbesar yang kami lihat sesuatu bakal berlaku dan melambangkan VGMC memang benar-benar bermasalah. Dan kami sudahpun secara private memberitahu rakan-rakan dekat dan teman-teman dekat group kami agar cepat-cepat mencairkan kredit masing-masing sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Tindakan yang dilakukan oleh VGMC menaikkan jumlah minimum withdraw ini mengakibatkan rate kredit VGMC di pasaran jatuh merudum rendah dari harga tukaran USD ke RM. Kami yakin pihak VGMC tahu dan sedar ini bakal berlaku dan mereka hanya membiarkan perkara ini berlaku. Ini kerana, jika dinaikkan minimum withdraw usd500 menjadi usd10,000 sudah pasti kredit hanya berlegar diantara satu sama lain dan jumlah permintaan pasti berkurang dari jumlah penawaran buat sesebuah syarikat yang sudah mempunyai ahli yang ramai dan deposit yang besar setelah berjalan hampir 3 tahun.
Artikel ini dikeluarkan oleh kami kerana pihak kami mahu semua pihak tahu dan kami berasa amat kecewa dengan pengumuman yang dikeluarkan oleh VGMC semalam. Walaupun dengan alasan yang diberitahu mahu pergi IPO dan “Diversification” kami merasakan ianya bakal membuatkan ramai investor menderita bagi yang masih belum pulang modal. Bulan yang lalu, ramai ahli yang mampu withdraw terus dari syarikat ada beberapa indidividu melaporkan kepada kami withdraw terlalu lama ditunggu termasuk “unsubscribe” tidak kunjung tiba di bank dan tempoh withdraw makin lama dilimitkan dan akhirnya jumlah withdraw minimum juga dinaikkankan dan semalam kemuncak permainan mereka apabila CPS-GOLD telah dibekukan bagi semua “dividend” ,”trading”, “networking income” malah credit yang tersimpan di dalam wallet milik kita juga telah ditukarkan secara paksa menjadi CPS-GOLD yang baru tanpa mendapat “green light” dari tuan punya kredit tersebut. Atas dasar apa mereka berhak bekukan CPS-GOLD dan credit secara automatic dijadikan CPS-GOLD ?
Ketidak puas hati kami lagi adalah pengumuman semalam yang seterusnya mewajibkan pemegang CPS-GOLD topup dalam CPS-Platinum minimum sebanyak 10,000 share bagi mengekalkan akaun CPS-GOLD lama. Pada fikiran kami ini adalah taktik yang tidak bertanggungjawab yang mahukan investor melabur dengan lebih besar dan bakal terjerat dengan lebih dasyhat. Dan diberitahu, jika anda tidak topup dalam CPS-Platinum dengan wang baru maka CPS-GOLD milik anda yang lama bakal hilang dan akaun tersebut ditutup. Fuhhh… ini betul2 taktik yang kami fikir amat kejam dan tidak berhati perut buat semua ahli bagi yang selama ini penat lelah menaruh kepercayaan dan tak jemu siang malam merekrut ahli buat syarikat. Dan kami lihat ini adalah modus VGMC supaya syarikat ini terus menerima deposit baru dengan secara paksa menambah duit walaupun sebelum ini kita telah mengeluarkan duit membeli CPS-GOLD . Untuk pengetahuan anda, pemegang CPS-GOLD tidak diberikan pilihan untuk “unsubscribe” sejak news yang dikeluarkan semalam. Dan ini adalah “signal” dan “hint” yang nyata bahawa VGMC boleh dikatakan bankrupt atau wang milik mereka telah tiada dan mereka mahukan investor menambah deposit ke dalam CPS-Platinum yang baru pula. CPS-GOLD kita yang lama ditukarkan menjadi PCEF secara paksa yang dimana boleh diraih pendapatan darinya selepas ianya dilisting sekitar 12-15 bulan dari sekarang. Seharusnya, jika VGMC menghargai investor dan jika VGMC masih kukuh dari segi kewangan seharusnya convert sahaja CPS-GOLD & Credit yang dimiliki oleh kita ke dalam CPS-Platinum tanpa perlu meminta ahli menambah deposit baru lagi.
Pendapat kami tentang PCEF ini adalah salah satu “skim” gagal yang mencuba mengelak pembayaran dividend bulanan, income trading dan stok kredit yang dimiliki buat satu jangka masa yang lama iaitu sekitar 12-15 bulan dan memaksa semua pemegang CPS-GOLD menambah deposit baru pulak ke dalam CPS-Platinum bagi mengekalkan share CPS-GOLD milik kita. Ini adalah satu “signal” iaitu mereka tidak mampu membayar tetapi “buying time” menunjukkan kononnya mereka tidak “SCAM” atau “FRAUD” dan mengharapkan “fresh money” disuntik oleh ahli di CPS-Platinum.
Sebelum kami akhiri artikel yang panjang lebar ini, satu perkara yang ingin kami buka dan jelaskan pada anda semua. Kami dan ahli-ahli group adalah lahir dari trading forex sejak tahun 2003 lagi. Kami telah lama bergiat menjadi trader forex di pelbagai forex broker seperti MARKETIVA, IBFX, FXCM, LITEFOREX, INSTAFOREX, DUKASCOPY, FXPRO dan berbagai-bagai lagi broker forex yang ada dalam pasaran sebelum wujudnya VGMC. Setelah wujudnya trading “No Margin Call” di VGMC kesemua ahli group kami telah beralih dari trading di forex broker dan bergiat penuh dalam VGMC dan boleh dikatakan group kami telah menghasilkan sales bulanan lebih dari USD 5 juta secara konsisten sebelum “April 2012”. Tetapi pada “April 2012” pihak kami juga telah mengenal pasti satu syarikat baru yang lebih kukuh dari VGMC berkonsepkan “Forex Broker Trading Gold tanpa Margin Call yang juga ada dividend bulanan” dilancarkan pada “Mac 2012” yang mempunyai visi yang jelas dan mempunyai foundation yang lebih kukuh dari VGMC. Ini adalah salah satu sebab utama juga kenapa pada “April 2012” pihak kami berhenti merekrut ahli kedalam VGMC dan semua network kami beralih ke syarikat baru tersebut. Kami percaya segelintir dari anda juga telah bersama sejak “April 2012” dalam syarikat tersebut yang dikatakan bakal menggantikan VGMC dan mempunyai visi dan misi yang lebih jelas dan transparent untuk kita semua.
Kenapa kami begitu yakin dengan syarikat baru ini? Kerana syarikat ini transparent dan jelas halatujunya. Malah, mereka mempunyai “LIVE SUPPORT” yang menunjukkan mereka komited dan mahu berkomunikasi dengan lebih dekat dengan ahli-ahlinya. Bukan itu sahaja, banyak lagi ciri-ciri lain yang ada pada syarikat ini juga lebih maju dari segi sistemnya dan servis yang ditawarkan berbanding VGMC malah lebih baik dari Forex-forex broker lain yang berada dalam pasaran. Satu yang perlu anda tahu, kami tidak mahu “menangguk di air yang keruh” dengan memperkenalkan sesuatu yang baru dikala semua ahli VGMC masih lagi bingung, marah, kecewa, dan terpinga-pinga dengan pengumuman baru ini. Tetapi kami amat percaya, syarikat ini mampu menjadi alternative buat kita semua “cover loss” dan yakin syarikat ini tidak mengkhianati ahli-ahlinya seperti yang VGMC lakukan pada kita semua. Pihak kami sendiri telah menyertai syarikat ini dan membina jaringan sejak “MAC 2012” dan telah berhasil merasakan pendapatan sejak dari itu lagi dan yang menariknya syarikat ini mempunyai apa yang VGMC ada dan malah… mempunyai ciri-ciri lebih baik dan bagus dari apa yang ditawarkan di VGMC. Malah, pihak kami sendiri telah berkonfrontasi secara bersemuka dengan CEO syarikat ini “face to face” bagi mengetahui secara “DUE DILLIGENCE” dan lebih mendalam syarikat ini.
Kami juga begitu yakin kerana dibawah ini kami akan senaraikan ciri-ciri syarikat tersebut sebagai pengetahuan anda dan tidak lebih dari itu. Malah, jika anda mahu mengikuti syarikat ini pihak kami mengalu-alukannya dan lakukanlah “DUE DILLIGENCE” dulu dan silakan bertanyakan dalam “Online forum” dan Group-group Facebook tentang syarikat ini dan di Youtube juga banyak acara-acara yang telah dijalankan oleh syarikat ini sebagai testimoni dari ahli-ahli lain yang telah lama menyertainya. Seperti yang kami bilang di perenggan terdahulu kami tidak mahu mengambil kesempatan dengan mengeluarkan “REFERRAL LINK” milik kami disini… cukup sahaja kami keluarkan link terus syarikat dan sila cari mana-mana upline atau ahli-ahli yang telah lama menyertainya sebagai “introducer” anda kedalam syarikat tersebut.
Syarikat yang kami maksudkan ialah RGCX ( Rapid Gold & Currency Exchange ) .
Berikut adalah link rasmi syarikat : http://www.rapidgcx.com dan disini adalah forum diskusi tentang RGCX buat bacaan dan panduan anda sekalian :
http://forums.cariemas.com/forumdisplay.php?f=72 ( Diskusi ini telah wujud lama di forum CARIEMAS iaitu di bulan “MAC 2012” lagi)
http://carigold.com/portal/forums/sh...hreadid=311185 ( Diskusi di forum online terbesar secara terbuka tanpa selindung - 33,000 posts)
http://rgcx.cariemas.com ( Komuniti Facebook Group RGCX )
Ciri-ciri (RGCX) Rapid Gold & Currency Exchange :
1) Mempunyai system trading “SOFTWARE” MT4 dan bukannya JAVA seperti VGMC. Jadi harga emas lebih jelas dan tepat tanpa “lagging” dan execution ketika trading dapat dilakukan dengan pantas.
2) Sistem trading tanpa “Margin Call” yang dimiliki syarikat ini mempunyai BUY dan SELL. Jadi anda juga dapat membuat keuntungan tidak ketika harga emas naik. Ketika harga emas turun juga anda dapat trading. Ini adalah market sebenar “Real Trading” JUAL/BELI emas (2 way trading) secara online diluar sana seperti di platform2 broker lain …..tidak seperti VGMC yang hanya melimitkan BUY sahaja.
3) Modal minimum serendah USD150 dan setiap USD150 anda layak menerima reward 0.01 oz emas setiap bulan mengikut tarikh anda deposit. Tiada had limit dan anda boleh mengeluarkan modal anda semula jika mahu mengikut rules yang telah dikeluarkan.
4) RGCX bukanlah investment seperti VGMC jadi setiap deposit dikirakan seperti deposit dalam forex broker dan tiada SHARE di RGCX. Jadi, tiada kenaikan harga setiap bulan seperti VGMC di RGCX. Sudah hampir 6 bulan RGCX di pasaran dan pihak management mengatakan mereka tidak akan menaikkan modal kerana setiap duit anda itu adalah deposit ke akaun dan bukannya pembelian share.
5) Trading “NO MC” di MT4 tiada dikenakan “Fees” dan tiada dikenakan “Rollovercharge/SWAP” lalu menjadikan akaun trading di RGCX ini “Islamic Account”.
6) Mempunyai Live Support, Support Ticket dan Phone Support buat semua ahli.
7) Bakal mempunyai APPS untuk trading di handphone IPHONE, IPAD, ANDROID dan BLACKBERRY dalam waktu terdekat.
8) Withdrawal yang jelas dengan syarikat di PANAMA dan mempunyai system security TAC seperti MAYBANK ke handphone anda jika anda mahu transfer kredit diantara satu sama lain.
9) Boleh SKYPE Video direct dengan CEO. (Sering dilakukan oleh kami ketika melakukan promosi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Thailand).
10) Pembahagian keuntungan yang jelas dan nyata iaitu syarikat ini ialah FOREX BROKER dan menghasilkan keuntungan dari “SPREADS” & keuntungan syarikat dari JUAL/BELI ahli-ahli di pasaran forex di “MINI ACCOUNT dan STANDARD” seperti forex broker lain dipasaran. Lihat sahaja di pasaran, forex broker tak pernah rugi malah berkembang dan ini adalah kekuatan syarikat bagi long term.
11) Bakal mempunyai regulation dari FINANCIAL BODY dalam tempoh 1-2 bulan dari sekarang. (Ini telah diberitahu oleh syarikat dan mereka mampu melakukannya setelah berada di pasaran lebih 6 bulan awal dengan lancar).
12) Mempunyai leverage 1:2 trading di MT4 platform tanpa Margin Call. Jadi setiap modal USD150 bakal menjadikan kekuatan margin anda USD300.
13) Mempunyai ofis REAL dan NYATA operation team mereka di PANAMA dan bukannya ofis wayang (VIRTUAL OFFICE) seperti VGMC di PANAMA. Ingin diingatkan pada anda semua…ofis VGMC di Dubai dibuka selepas 1 tahun di pasaran, ini bermakna sebelum 1 tahun di pasaran VGMC tidak mempunyai ofis yang betul melainkan VIRTUAL OFFICE di Panama.
14) Mempunyai ofis perwakilan di Asia iaitu di pusat kota Jakarta 5 tingkat yang lengkap dengan prasarana trading dan training room sebagai wakil di ASIA (Ofis perwakilan)
Otai Real Bisnes
DEAR TUAN CE DEEN ADMIN..
1. Betul 2 CEbians atas tu cakap .. Write-up tuan CE Admin memang kaw-kaw/mantap/intelligent/banyak pengalaman dan amat berpelajaran...tetapi hairan ye...(tuan-tuan semua baca/buat analisis dgn akal/fikiran - bukan dengan perasaan ye) kenapa 60% write-up tuan biase to promote secara direct/indrect RGCX lak? walhal RGCX baru masuk 6 Bulan hidup - tuan dah confidence giler? SELALU saya cakap tak ada yang kekal selama-lamanya, kehancuran adalal pasti..cuma masa, tempat & cara mungkin berlain..
2. Tak kisahlah kalu anyone pakai disclaimer/quote nak seperate diri sendiri drp risiko pelaburan macam unit trust buat....kerana selama ni tak ade pun orang lain tanggong risiko pelaburan orang lain (Nih RHETORIK JE - nak show-off jee..selalunya A concern/kesian interest orang lain?)...NOT effective NOT APPLICABLE.
3. Kita ni berjuang untuk Ummah KAN??? kalau tak ...untuk aper ye??? KALU NIAT jeee ADE ..dan BUATnya TAK ADE ..itu lebih parah daripada orang yang NAIVE atau JAHILkan??
4. Lihat write-up tuan admin sendiri.. Tuan dah lama dalam arena VGMC ni kan/..sejak 2010, tambah lain-lain skim/pengalaman/sekurang-kurangnya ade degree kot? Tuan sudah ada tanda-tanda kepincangan VGMC sejak 2011 kan? tapi tuan hanya MAMPU/DAPAT buat keputusan definitif pada APRIL 2012? ..lama tu jangkamasa...Sebalik dah lama/pengalaman dlm macam-macam skim..tua juga amek masa lebih drp 4 bulan untuk confirmkan tanda/buat keputusan definitiffkan.. TUAN tahu tu kan..SO macamana tuan boleh HARAPkan ikan bilis yang baru nak masuk masuk/takde pengalaman/education pun kurang/termasuk orang kampong nak nampak SIGNAL keruntuhan yang tuan cakap tu...Tuan dah tau tu kan ... mereka ini tak mampu buat decision terbaik dan independent sebab..write-up/ayat macam tuan akan incluence thair mind kan... sebabnya orang macam tuan dah tahu terlalu banyak tetapi Ikan bilis tu ramai tak tau and serah dri je kat TO GURU....IKAN BILIS nih macamlah anak-anak kita sendiri...melainkan kalau ada yang dah jadi IKAN HARUAN ...or lebih dasat PIRANHA 3DD.
5. Pihak tuan dah nampak tanda tu dengan jelas tahu sejak sebelum April 12 kan..cuma masing-masing sound antara satu sama lain yang dah kaya/raya atau sekurangnya dah balik modal kan...dah masuk lama... saya agak kalu unsubscribe je pada March/APril 2012 ..regenya dlm usd1.30/1.35 jee.. beli setahun sebelum tu dlm usd.0.75 atau 0.8kan ..merek dah banyak untung...mau taknya 1lot rege usd.80 dapat 0.1 oz gold rege usd1800 per oz 3rd quater 2011....trading lagi!!! huhhh
6. TETAPI sebab sifat greedy & tak de action perjuangan untuk Ummah, kononnya takut group tuan collapse, walaupun pihak tuan tak amek SH baru...kalau unsubscribe dah untung dah...Paling AFDAL Geng TUAN PATUT BANTU ikan bilis baru supaya jangan masuk skim VGMC kan...tak leh pakai tagline "risko tanggung sendiri" atau kena NAMAPK SIGNAL bahaya. Tetapi PIHAK tuan RAMAI-RAMAI compromise ethic berkenaan ..sebab ikan bilis tak berpelajaran/pengalaman/FOrex pun tak tau...(geng tuan yang dah tahu FOREX pun boleh rugi berjuta-juta..adad sampai RM30juta..camne NIH.. amek duit investor ..rugi ..ade yang lesap keINDIA bertahun) .. macam saya cakap kat atas tadi....terbiar terjun dengan labu VGMC hinggalah tenggelam giler le ni...(adakah ini dipanggil perihatin dan sikap bertanggungJAWAB??) - nauzubillah.. NOW skarang tuan declare dlm write-up mengenai apa yg tuan dah tahu/nampak SIGNAL...now towards nak jadi HERO .. dgn gunakan RGCX sebagai tool tuan... maaf TUAN bahasa saya yg dasat skit sebab training saya memang dasat juga ala commando...jangan marah ye...
7...TUAN CE ADMIN..NAK KE SAYA EXPLAIN macamana ikan bilis akan buat loss dalm trding dgn RGCX tuuu?? bagi yang tahu...lagging dalm VGMC bagi banyak advantage untuk trading...sebab tu geng tuan admin+geng traders kat penang/Johor boleh buat banyak untung lebih drp FX platform...GENG FOREX buat rugi bertahun kat FOREX (nak saya bagi senarai NAMA ke? - majoriti dah kat VGMC)... tetapi bila trade kat VGMC/pada masa supported by their real-time acees ke Fx..depa ada nampak banyak advantage..sebab tu ada geng berkenaan boleh buat untung trading VGMC sampai USD100K ke USD200K sebulan...saya dah tengok rekod tuh semua..
maybe Boleh lah buat untung skit kat RGCX ..tapi tak sehebat VGMC tradingg.. MAJORITI yang trade RGCX saya kenal ..rugi..susah 2-way market (dulu geng VGMC kutuk giler 1-way market macam FOREX..kata VGMC the best) ..emosi trading lain bang...!!! JADI nak join RGCX .. tunggu monthly dividen sebulan 1.oz macam VGMC sebelum nih....so ...BILA RGCX akan terkubur lak??? bak mai data.. saya boleh buat statistic model...lebih drp elok trading toool MAVCD, Stochastic, all stics-stics tuu .formula/software sendiri pernah buat....so boleh predict la bile RGCX akan collapse ..dan saya boleh bagi SIGNAL untuk UNSUBSCRIBE...for freeee...saya dah nampak signal dahhh.... dah mula dah 3 bulan drp SEKARANG!!! bila ada BOOOMM mesti follow by cliff DOOOMMMM...macam VGMC..macam swisscash
8. CEs bian semua ..cuba check balik artikel/write-up promosi VGMC bila skim VGMC berumur 6 bulan macam RGCX nih.. (kite compare epal-to-epal, baru ngam kan? mesti ada somewhere kalu tak disoroknya/deleted...ada power point presentation pun - saya dah tengok banyak X. ... so comparelah ...write-up promosi VGMC memang jauh lebih hebat+mantap drp RGCX ..cuma takde tele conf dgn mamat CEO, office di PANAMA VGMC x dak. lak.. KALU adepun ..anyone boleh sewa je ofis tuu...brapa sen je brbanding dgn collection nanti..abih tinggipun 5K sebulan. (GENG FOREX ni pun dulu masa buat forex ..ramai yang sewa virtual office dekat area KL around Pavillion tuuu - attire tu lebih kurang macam Mr Raducca VGMC skarang) ..MARKETING TOOL tuuuu KENE BUAT IMMMICKS GILER nak convince prospects...MACAM geng TOP BRASS VGMC, SWISSCASH, THE SAME FOREX GANG selalu cakap leee. kan...hapir setiap mtg dgn depa saya dengaq nih...
9, Mohon Tuan CE admin dan Geng bantu ikan bilis yang takde geng nihhh...geng tuan admin memang selalunya ada kat atas TOPLINE dlm skim apapun...DAN ada BEST/CLOSEST contact dgn ORIGINAL owner of the many SCHEME..termasuk VGMC, RGCX, SWISSCASH BROTHERS (xABRAR - IPO/listed tuuu).... SO tolong mereka dapat balik duit darp VGMC ...depa ni xmahu tauu sapa owner VGMC punn...depa mahu tahu DUIT HARDwork mereka kat mana dan dapatkannya semula...dan saya kenal ramai anak yatim yag terima duit arwah mak bapak pun masuk dalmm VGMC + terperangkap...
KONKLUSI ..geng tuan admin patut lebih baik drpd bagi write-up macam tuu.lagi pun saya rasa tuan admin dah kaya raya dah ...income drp carigold +cariemas dah melempah dahhh
MAAF ayat saya yng sinnggung perasaan bagi yang terasa..
Sedang ENJOy ..OPPA GANGNAM STYLE+ HONGDAE STYLE...
xperlu tahu siapa saya ... NOBODY NOWHERE ..HAMBA ALLAH je..
SEMUANYA DAH PENING CPS ... MERAPUK RHETORIK yang xde penyelesaian common words spt;.."BANYAK-BANYAK BERSABAR, HIGH RISK-HIGH RETURN LAA.." SENDIRI TANGGUNG LA" " JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN, SALAH KAN DIRI SENDIRI"' ....open-ended statement macam VGMC CEF gak.... ni..tengok yang wa cedok drp CG ... pikiaq lah puas-puas ...KALU BOLEH KAYO lagi dgn RCGX...
Quote:
Originally Posted by zaii009
tulisan ni aku dh post di tempat lain tp utk sama2 kita bincang cuba meh tgk...sejauh mana penilaian anda..terpulang la...
aku mmg berminat sgt nk join vgmc awalnya ..katanya ada mining jd aku pn check la..las2 x jumpa pn mining terus x jd join..itu citer 2 tahun lepas
kemudian tahun ni dengar lg ada terbaru buka..rgcx sama mcm vgmc..kali ni lbh menarik sbb x ada mining. tp tetap aku check jg sb boleh trade gold tanpa mc,
di pendekkan citer aku pn cari la leader atas rgcx..en din org kedah ( mgkin anda kenal dia?... dia pn org vgmc dh kenyang makan vgmc kaya kayan dah)
dia pn citer la rgcx ni bagus..sekian2..
aku tanya 1 ja soalan dia x dpt jawab..iaitu adakah rgcx ni benar2 company trade gold?? dia kata Ya.
aku kata kalau betul trade gold mesti ada link dgn ECN, ...jd aku tanya rgcx ada ecn x? ( electronic communication network (ECN) is a financial term for a type of computer system that facilitates trading of financial products outside of stock exchanges. The primary products that are traded on ECNs are stocks and currencies, jika broker tu bagus dia ada gold dan silver with ecn)
jawapan aku terima x ada ecn pn rgcx ni. so graf naik turun tu semata2 data feed bukan real trading gold.
dia kantoi di sini. las2 dia citer semua..yg..mmg benar ini adalah money game. dan owner VGMC dan RGCX adalah org yg sama ( anda boleh check/ selidik puas2 kalau x percaya) nk tahu siapa..dia lah mamak penang amir hassan dulu buat swiss cash dia lah master mind..
ok la itu sedikit pekongsian yg aku dpt..
SIARAN AKHBAR
Kuala Lumpur, 27 September 2007
RM35 juta wang Swisscash di luar negara diperintahkan supaya dipindahkan semula ke Malaysia
Suruhanjaya Sekuriti (SC) mencapai kejayaan besar dalam kes penguatkuasaan sivilnya terhadap skim pelaburan Internet Swisscash apabila memperoleh Perintah Mahkamah yang mengarahkan salah seorang daripada defendan, Amir Hassan, supaya memindahkan semula ke Malaysia semua wang Swisscash yang dipegang dalam beberapa akaun bank di luar negara dalam masa tujuh hari.
Kira-kira RM35 juta pada masa ini disimpan dalam enam akaun bank di Hong Kong dan lapan akaun bank di Singapura. Memandangkan Swisscash merupakan satu skim penipuan alam luas yang beroperasi di alam Internet tanpa sempadan, SC bekerjasama rapat dengan pengawal-pengawal selia dari tujuh negara lain bagi memerangi aktiviti tidak sah ini. Kerjasama merentasi pelbagai bidang kuasa ini telah membawa kepada penemuan maklumat berharga yang memudahcarakan siasatan.
Sebaik sahaja dipindahkan ke Malaysia, wang tersebut tertakluk di bawah perintah pembekuan antarabangsa Mareva sementara menunggu keputusan prosiding sivil yang difailkan oleh SC awal tahun ini terhadap Amir Hassan, Albert Lee Kee Sien, Kelvin Choo Mun Hoe, Dynamic Revolution Sdn Bhd, Swiss Mutual Fund (1948) S.A., SMF International Limited dan SMF (1948) International Limited.
Pencapaian dalam prosiding sivil SC ini memastikan bahawa wang Swisscash tersimpan dengan selamat, dan berada dalam bidang kuasa mahkamah Malaysia supaya wang tersebut tertakluk kepada sebarang perintah yang dibuat dalam prosiding itu.
Para pelabur sekali lagi diingatkan bahawa kedua-dua Swiss Mutual Fund dan Swisscash tidak dilesenkan oleh SC. Setakat ini, SC telah menyekat empat laman web yang berkaitan dengan Swisscash iaitu www.swisscash.net, www.swisscash.biz, www.swissmutualfund.biz dan www.swisscashguide.com.
SC akan terus mengambil langkah untuk memerangi penipuan pelaburan termasuk menyekat akses kepada lebih banyak laman web, dan mengambil tindakan penguatkuasaan yang bersesuaian terhadap pengusaha dan ejennya.
SURUHANJAYA SEKURITI
TUAN ADMIN MESTI KENAL DEPA NIH..
AGAKNYA ..BANK MANA PULA DEPA JAIL KAN CASH YANG BERATUSAN JUTA/BILLION TU... ... tunggulah set masa lagi ...bile kene RAID nanti...dah tentunya terbukti....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan